...nostalgia petang raya...

7:21 PTG 0 Comments »
pada hari raya ke-2 pulak, kitorang keluar beraya ke hulu bernam... kire agak jauh jugak ler dari rumah aku... mase pergi tu sebenarnya hati aku mule rase tak sedap... mcm2 rasa yang melanda perasaan... tapi aku diamkan sahaja sebab taknak merosakkan suasana, dan akhirnya kitorang pn sampai ler ke tempat yang ditujui dengan selamatnya... alhamdulillah... lepas sakan beraya tibalah pula time untuk bermaafan sebelum pulang... itu dah menjadi adat yang paling penting ketika berhari raya...
setelah selesai masing2 bersiap sedia untuk berangkat pulang... dalam keriuhan itu aku mengambil peluang untuk beredar dahulu untuk mengelakkan kesesakan di kawasan tersebut.. sedang aku mengundurkan kereta dengan berpandukan arahan yang diberikan oleh pak long aku, aku pun mengundurkan kereta tanpa terfikir untuk membuka tingkap supaya dapat mendengar arahannya itu... sekadar melihat bahasa mulut yang dipamerkan... sedang asyik aku mengundurkan kereta, tetibe aku tersentak apabila mendengar satu bunyi hentaman yang kuat di bahagian belakang kereta aku.. bila aku menoleh sahaja, aku melihat sebatang tiang penahan di bahagian hadapan rumah sedang tumbang menghala ke arah kereta aku... apelagi!! aku pun segera kedepankan kereta, kalau tak, mahunya aku balik berbekalkan udara segar dari alam semulajadi..hasil cermin kereta aku yang pecah tu..hehehe!! bila aku keluar dari perut kereta, keadaan sungguh riuh rendah!
tapi aku langsung tak memperdulikan rumah orang yang mungkin roboh disebabkan ketidaksengajaan aku tu, sebaliknya aku terus meniju ke belakang kereta dan melihat kalau2 ada kerosakan yang teruk... mase tu muke abah dah terbayang-bayang di mata aku nih! nasib baiklah kereta abah nie agak keras cam tuannye gak.. kalau tak matilah aku!! lepas tu seluruh jemari aku menggeletar.. tak kurang juga ade yang memerli aku tak tahu bawak kereta.. tapi yang jadi kemestiannya aku dijadikan bahan gelak oleh abang-abang,kakak dan makcik pakcik aku.. tapi aku wat tak kisah jer... lantak ler nak kate pe pun.. yang penting kereta aku ok jer!! haha!! kalau lah tuan punye rumah tau, mesti die takkan maafkan aku lepas nih! ape pun... sowie...

0 ulasan: