... 11 APRIL ...

11:37 PTG 0 Comments »



Satu tarikh azimat bagi aku kerana pada hari itulah aku akan menghadiri sebuah majlis konvokesyen di politeknik sultan idris shah sabak bernam sebagai tanda aku telah menamatkan sesi pembelajaran ku di sana… tapi kini impian tinggal impian… aku hanya mampu merancang.. tetapi DIA yang menentukannya… dan ketentuannya telah mengatakan bahawa aku tidak akan dapat turut serta dalam majlis itu…

… tapi aku yakin pasti ada hikmah disebalik suatu kejadianyang berlaku.. dan aku juga tahu seriap apa yang ditentukan oleh NYA mesti ada kebaikannya untuk diriku… dan aku redha dengan hatu yang tulus ikhlas.. atau, memang bukan rezeki aku kali ini… tapi insyaallah, di lain waktu, manalah tahu akau akan dapat kejayaan yang lebih besar berbanding apa yang aku capai kali ini… mudah-mudahan begitulah hendaknya…

… walau apapun aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kawan-kawanku…

Buat mak n abah pulak… awer tak pernah salahkan mak n abah atas ape yang berlaku… awer tahu mak n abah dah cuba beri yang terbaik untuk kami semua… dan awer juga faham kadangkala apa yang kita impikan itu terlalu tinggi untuk kita gapai.. awer sentiasa sedar dan ingai tentang itu… dan awer juga tahu walau sesedih manapun perasaan awer sebab tak dapat hadiri majlis tu… mak n abah lagi sedih kerana tak mampu nak berikan ape yang awer perlukan… tak mengapalah mak n abah, adakalanya kita perlu berkorban untuk dapatkan sebuah kebahagiaan… dan ini pengorbanan awer untuk keluarga… walau tak sebesar mana awer harap ianya mampu meringankan beban mak n abah serta adik-adik… sebab dalam hidup awer, awer Cuma ada keluarga ini sahaja.. dan keluarga inilah satu-satunya harta yang awer ada dan takkan mampu dibeli dan ditukarganti walau dengan apa-apa sekalipun…

Semoga emak , abah, jua, aliff, am dan eja sentiasa berada di dalam keadaan yang dirahmati, diberkati serta dilindungi oleh ALLAH SWT… AMIN…

"If I Were A Boy"

7:10 PTG 0 Comments »


If I were a boy
Even just for a day
I’d roll outta bed in the morning
And throw on what I wanted then go
Drink beer with the guys
And chase after girls
I’d kick it with who I wanted
And I’d never get confronted for it.
Cause they’d stick up for me.


If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I’d be a better man.
I’d listen to her
Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
Cause he’s taken you for granted
And everything you had got destroyed


If I were a boy
I would turn off my phone
Tell everyone it’s broken
So they’d think that I was sleepin’ alone
I’d put myself first
And make the rules as I go
Cause I know that she’d be faithful
Waitin’ for me to come home (to come home)


If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I’d be a better man.
I’d listen to her
Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted (wanted)
Cause he’s taken you for granted (granted)
And everything you had got destroyed

It’s a little too late for you to come back
Say its just a mistake
Think I’d forgive you like that
If you thought I would wait for you
You thought wrong


But you’re just a boy
You don’t understand
Yeah you don’t understand
How it feels to love a girl someday
You wish you were a better man
You don’t listen to her
You don’t care how it hurts
Until you lose the one you wanted
Cause you’ve taken her for granted
And everything you have got destroyed
But you’re just a boy

...kerja! kerja! kerja!....

8:42 PTG 0 Comments »

... sudah hampir sebulan aku bekerja di syarikat Lian Soon Thiam s/b yg merupakan sebuah syarikat pembinaan perumahan... setakat ini, segalanya masih berjalan lancar, dan aku harap selamanya begitu... staf2 yang bekerja di sini pun sekepala dengan aku... so xde lah rase x selesa antara kami... bos pulak boleh la dikatekan ok jer... itu ikut mood dier lah... kalau baik tu.. baik lah... kalau tak berapa nak baik tu.. wallahua'lam...

... buat sementara nie aku memang berharap lah dapat kerje kat sini, sebab dekat dengan rumah... so perbelanjaan harian pun x banyak... sebab kalau kerje jauh2 nie, nk blanja untuk makan, sewa rumah, bil air dan api pun nak kena bayar jugak... banyak bende nak kene fikir... tapi sekarang nie alhamdulillah... semuanya masih dalam kawalan..

... kini aku bekerja sebagai pelukis pelan.. tapi kadang-kadang tu aku akan diberi kerja2 luar (kerja di site)... so kene lah tahan panas sikit... tapi takpe lah, nak mencari rezeki lah katekan... terima sahaja lah dengan hati yang ikhlas.. ruang ofis tempat aku bekerja ni pun taklah sebesar mana... jom kita intai!!


....ini merupakan ruangan kerja aku...
setelah kak siti berhenti kerja, aku yang mengambil alih tempatnya
... sory yea kak siti... heheh..



...ini pula kak sarah...
die adalah kerani di syarikat nie
... wah! busy nampak! ...




yang nie pulak cik nina... sepupu aku..
kebetulan pulak kami bekerja di tempat yang sama
so dapatlah merapatkan lagi hubungan persaudaraan kami
poyo jer!!




ini ruangan kerja kami... lau nak chat, di sinilah tempatnye
... tapi kene pandai cover line lah!..
lau tak nanti kantoi ngan boss.. heheh!




berserabut kan??! kalau nak tau, inilah meja isteri boss...
berselerak habis..
orang busy lah katekan...




yang ini adalah ruangan belakang di dalam ofis kitorang.. kat sini xde orang duduk...
cuma meja jer yang banyak..




inilah tempat boss mencari ilham..
die akan menghabiskan masa dengan main game solitaire sampai dier puas hati..
biler da boring, dier kuar lah..




and the last one, ini bilik kak arbaiah..
sentiasa bersih dan kemas...
macam tuannye jugak..


... itu lah dier suasana di dalam ofis aku... okay! lawatan kita tamat sampai di sini sahaja... jumpa lagi di lain hari ya!! bubbye!!....

SELAMAT HARI ULANGTAHUN

10:03 PTG 1 Comment »
.....semalam... 22.01.2009 genaplah umur aku 21 tahun... belum puas rasanya malalui zaman kanak-kanak yang menyenangkan... tetapi kini aku dah punya tanggungjawab yang harus aku pikul selagi hayat dikandung badan.... tetapi selama aku menjalani hidup ini.. bermacam ragam dan rupa manusia yang telah aku jumpa... tetapi alhamdulillah aku masih dapat mengawal peganganku daripada terpesong ke arah yang tidak sepatutnya...

......ia juga mengingatkan bahawa aku harus bertatih memikul tanggungjawab dalam keluarga... samada aku mahu atau tidak... aku mesti... baru kini aku ketahui.. bukan mudah untuk menjadi dewasa... semuanya harus difikirkan... setiap dugaan dan cubaan yang mendatang harus aku tempuhinya... tetapi aku yakin... tuhan takkan beri dugaan yang tak mampu ditanggung oleh hambanya... kata2 ini kubuat sebagai pegangan untuk meniti saat getir dalam hidup...



.... yang nie adalah pemberian dari kak sarah n nina...


...comel kan...
-terima kasih semua-

.....no tittle....

8:11 PTG 0 Comments »
..... semakin meningkat usia, semakin sukar kehidupan dirasakan.. tambahan pula apabila dengan sewenang-wenangnya orang yang tidak sepatutnya begitu mudah mencampuri urusan kehidupan kita yang kita anggap terlalu peribadi.. pada mereka pula perkara ini menjadi satu rutin yang wajib...begitulah kehidupan manusia pada hari ini...


..... merujuk pula kepada situasi yang sedang aku alami kini, membuatkan aku berfikir ke manakah hilangnya rasa rasional di dalam fikiran mereka??.. hmmm... entahle.. bereka bahagia apabila kemahuan mereka ditunaikan tanpa memikirkan natijah yang akan berlaku ke atas individu yang harus menunaikan impiannya itu... samada mereka terima atau tidak... bahagia atau berduka... itu bukannya satu urusan yang penting untuk difikirkan... tetapi apa yang dihajati harus ditunaikan dengan segera...

..... seharusnya sebagai manusia yang dijadikan tempat mengadu, mereka perlu memberikan idea dan nasihat yang membawa kepada jalan penyelesaian yang dipersetujui oleh semua pihak... tetapi apa yang berlaku.. si mangsa yang perlu menurut semua kehendak yang semestinya memecahbelahkan hubungan yang kian terbina utuh.. di manakah salahnya?? ini semua berpunca dari nafsu yang hanya inginkan sesuatu yang menyenangkan mereka.. namun apabila muncul sedikit kekalutan yang menimbulkan rasa tidak puas di hati.. mulalah mereka menuding jari ke arah yang lain...entah bila mereka akan berubah agaknya..


12:24 PTG 0 Comments »
...entah mengapa tibe-tibe aku terkenang mak n abah kat rumah... tak sanggup aku melihat keadaan abah yang terlantar manahan kesakitan yang hanya dia yang merasai... bagaimana hati ini akan tenteram bila melihat abah sendirian menahan kesakitan... yang tak ingin dikongsi bersama sesiapapun...


walau di wajahnya memaparkan sejuta ketabahan.. namun aku tahu di hatinya menggunung kerisauan.. memikirkan masa hadapan yang belum tentu kesudahannya... melihatkan anak-anaknya yang kian membesar.. memerlukan itu dan ini... mencari jalan bagaimana untuk dia menembusi arus dunia yang selama ini menghakis kudratnya selama hidupnya... pastinya kini dia tidak sekuat dahulu.. untuk menongkah gelora yang melanda...


namun... aku masih dapat membaca semua itu dari raut wajahnya... sejauh mana dia sembunyikan, aku masih dapat mengejarnya... malah aku turut marasainya... melihat dia termenung di muka pintu.. betapa terguris hati ini bila tak dapat melakukan apa-apa untuk meringankan beban yang makin menghimpit...




...hari tak selalu cerah...

11:59 PG 0 Comments »

...hmm... macam nie lah bile bersahabat... sekejap baik, sekejap tidak... sekejap suke, sekejap benci... dah bermacam asam garam yang aku lalui selama aku berkawan sehingga ini...yang pasti aku masih belum bertemu dengan insan yang mampu aku gelar sahabat... yang sanggup menemani aku di waktu sukar.. sedih.. gembira... yang sanggup membantu di kala aku kesusahan... walau hanya sekadar menyumbang suara dan nasihat, aku amat hargai...


tapi.. mungkin selama ini aku salah dalam mentafsirkan erti kata sebenar SAHABAT itu... akhirnya, ia memakan diriku sendiri... kini aku sendiri yang menahan perasaan.. memendam guris di hati... walau sedalam mana aku menyembunyikan, namun masih ada insan yang menyedari kekalutan di lubuk jiwaku ini...


antara sudi dan tidak... antara malu dan segan akhirnya aku pun perlahan-lahan beralih arah kepada yang sudi menemani dan memahami... namun yang aku harapkan hanyalah sekelumit ruang untuk aku menenangkan jiwa yang dirundung gelisah...


selagi terdaya... akan kuredah segala dugaan yang menghalang... yang bisa meruntuhkan ketabahan hati di kala ini... aku yakin.. takkan hilang manusia yang berhati murni di dunia ini selagi kita sanggup mencari...


namun bagiku... aku akan sentiasa mengenang semua memori indah selama kita bersama... akan tetap di hati ini selamanya...