... 11 APRIL ...

11:37 PTG 0 Comments »



Satu tarikh azimat bagi aku kerana pada hari itulah aku akan menghadiri sebuah majlis konvokesyen di politeknik sultan idris shah sabak bernam sebagai tanda aku telah menamatkan sesi pembelajaran ku di sana… tapi kini impian tinggal impian… aku hanya mampu merancang.. tetapi DIA yang menentukannya… dan ketentuannya telah mengatakan bahawa aku tidak akan dapat turut serta dalam majlis itu…

… tapi aku yakin pasti ada hikmah disebalik suatu kejadianyang berlaku.. dan aku juga tahu seriap apa yang ditentukan oleh NYA mesti ada kebaikannya untuk diriku… dan aku redha dengan hatu yang tulus ikhlas.. atau, memang bukan rezeki aku kali ini… tapi insyaallah, di lain waktu, manalah tahu akau akan dapat kejayaan yang lebih besar berbanding apa yang aku capai kali ini… mudah-mudahan begitulah hendaknya…

… walau apapun aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kawan-kawanku…

Buat mak n abah pulak… awer tak pernah salahkan mak n abah atas ape yang berlaku… awer tahu mak n abah dah cuba beri yang terbaik untuk kami semua… dan awer juga faham kadangkala apa yang kita impikan itu terlalu tinggi untuk kita gapai.. awer sentiasa sedar dan ingai tentang itu… dan awer juga tahu walau sesedih manapun perasaan awer sebab tak dapat hadiri majlis tu… mak n abah lagi sedih kerana tak mampu nak berikan ape yang awer perlukan… tak mengapalah mak n abah, adakalanya kita perlu berkorban untuk dapatkan sebuah kebahagiaan… dan ini pengorbanan awer untuk keluarga… walau tak sebesar mana awer harap ianya mampu meringankan beban mak n abah serta adik-adik… sebab dalam hidup awer, awer Cuma ada keluarga ini sahaja.. dan keluarga inilah satu-satunya harta yang awer ada dan takkan mampu dibeli dan ditukarganti walau dengan apa-apa sekalipun…

Semoga emak , abah, jua, aliff, am dan eja sentiasa berada di dalam keadaan yang dirahmati, diberkati serta dilindungi oleh ALLAH SWT… AMIN…

0 ulasan: