...kerja! kerja! kerja!....

8:42 PTG 0 Comments »

... sudah hampir sebulan aku bekerja di syarikat Lian Soon Thiam s/b yg merupakan sebuah syarikat pembinaan perumahan... setakat ini, segalanya masih berjalan lancar, dan aku harap selamanya begitu... staf2 yang bekerja di sini pun sekepala dengan aku... so xde lah rase x selesa antara kami... bos pulak boleh la dikatekan ok jer... itu ikut mood dier lah... kalau baik tu.. baik lah... kalau tak berapa nak baik tu.. wallahua'lam...

... buat sementara nie aku memang berharap lah dapat kerje kat sini, sebab dekat dengan rumah... so perbelanjaan harian pun x banyak... sebab kalau kerje jauh2 nie, nk blanja untuk makan, sewa rumah, bil air dan api pun nak kena bayar jugak... banyak bende nak kene fikir... tapi sekarang nie alhamdulillah... semuanya masih dalam kawalan..

... kini aku bekerja sebagai pelukis pelan.. tapi kadang-kadang tu aku akan diberi kerja2 luar (kerja di site)... so kene lah tahan panas sikit... tapi takpe lah, nak mencari rezeki lah katekan... terima sahaja lah dengan hati yang ikhlas.. ruang ofis tempat aku bekerja ni pun taklah sebesar mana... jom kita intai!!


....ini merupakan ruangan kerja aku...
setelah kak siti berhenti kerja, aku yang mengambil alih tempatnya
... sory yea kak siti... heheh..



...ini pula kak sarah...
die adalah kerani di syarikat nie
... wah! busy nampak! ...




yang nie pulak cik nina... sepupu aku..
kebetulan pulak kami bekerja di tempat yang sama
so dapatlah merapatkan lagi hubungan persaudaraan kami
poyo jer!!




ini ruangan kerja kami... lau nak chat, di sinilah tempatnye
... tapi kene pandai cover line lah!..
lau tak nanti kantoi ngan boss.. heheh!




berserabut kan??! kalau nak tau, inilah meja isteri boss...
berselerak habis..
orang busy lah katekan...




yang ini adalah ruangan belakang di dalam ofis kitorang.. kat sini xde orang duduk...
cuma meja jer yang banyak..




inilah tempat boss mencari ilham..
die akan menghabiskan masa dengan main game solitaire sampai dier puas hati..
biler da boring, dier kuar lah..




and the last one, ini bilik kak arbaiah..
sentiasa bersih dan kemas...
macam tuannye jugak..


... itu lah dier suasana di dalam ofis aku... okay! lawatan kita tamat sampai di sini sahaja... jumpa lagi di lain hari ya!! bubbye!!....

SELAMAT HARI ULANGTAHUN

10:03 PTG 1 Comment »
.....semalam... 22.01.2009 genaplah umur aku 21 tahun... belum puas rasanya malalui zaman kanak-kanak yang menyenangkan... tetapi kini aku dah punya tanggungjawab yang harus aku pikul selagi hayat dikandung badan.... tetapi selama aku menjalani hidup ini.. bermacam ragam dan rupa manusia yang telah aku jumpa... tetapi alhamdulillah aku masih dapat mengawal peganganku daripada terpesong ke arah yang tidak sepatutnya...

......ia juga mengingatkan bahawa aku harus bertatih memikul tanggungjawab dalam keluarga... samada aku mahu atau tidak... aku mesti... baru kini aku ketahui.. bukan mudah untuk menjadi dewasa... semuanya harus difikirkan... setiap dugaan dan cubaan yang mendatang harus aku tempuhinya... tetapi aku yakin... tuhan takkan beri dugaan yang tak mampu ditanggung oleh hambanya... kata2 ini kubuat sebagai pegangan untuk meniti saat getir dalam hidup...



.... yang nie adalah pemberian dari kak sarah n nina...


...comel kan...
-terima kasih semua-

.....no tittle....

8:11 PTG 0 Comments »
..... semakin meningkat usia, semakin sukar kehidupan dirasakan.. tambahan pula apabila dengan sewenang-wenangnya orang yang tidak sepatutnya begitu mudah mencampuri urusan kehidupan kita yang kita anggap terlalu peribadi.. pada mereka pula perkara ini menjadi satu rutin yang wajib...begitulah kehidupan manusia pada hari ini...


..... merujuk pula kepada situasi yang sedang aku alami kini, membuatkan aku berfikir ke manakah hilangnya rasa rasional di dalam fikiran mereka??.. hmmm... entahle.. bereka bahagia apabila kemahuan mereka ditunaikan tanpa memikirkan natijah yang akan berlaku ke atas individu yang harus menunaikan impiannya itu... samada mereka terima atau tidak... bahagia atau berduka... itu bukannya satu urusan yang penting untuk difikirkan... tetapi apa yang dihajati harus ditunaikan dengan segera...

..... seharusnya sebagai manusia yang dijadikan tempat mengadu, mereka perlu memberikan idea dan nasihat yang membawa kepada jalan penyelesaian yang dipersetujui oleh semua pihak... tetapi apa yang berlaku.. si mangsa yang perlu menurut semua kehendak yang semestinya memecahbelahkan hubungan yang kian terbina utuh.. di manakah salahnya?? ini semua berpunca dari nafsu yang hanya inginkan sesuatu yang menyenangkan mereka.. namun apabila muncul sedikit kekalutan yang menimbulkan rasa tidak puas di hati.. mulalah mereka menuding jari ke arah yang lain...entah bila mereka akan berubah agaknya..